Saturday, December 15, 2012

2: 40 syukur nikmat Allah

meskipun kita bukan Bani Israil, kita juga dikehendaki:
1. bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan (sihat tubuh badan, nafas, makanan dll)
2. sempurnakan janji dnegan Allah sebagai khalifah di muka bumi Allah.
3. takut hanya kepada Allah dan bukan takut kepada perkara lain (hantu, buaya, along ceti, polis)

Surah Al Baqarah
[40] Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

rujuk lagi tafsir

2: 22-24 jangan

Janganlah:
1. kita menganggap perkara atau benda lain sebagai tuhan. hanya Allah tuhan kita. (banyak kita ingat berhala sahaja, tetapi sebenarnya kita secara tak langsung menganggap duit, ubat dll macam tuhan. awas!)
2. jangan syak atau sangsi dengan ayat-ayat Allah.

jadi peliharalah diri dari maksiat kerana jika kita buat maksiat kita akan dimasukkan dalam api neraka.

Surah Al-Baqarah
[22] Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

[23] Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

[24] Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.

rujuk lagi tafsir.

2: 21-22 beribadatlah

untuk menjadi seorang insan yang bertaqwa, Allah menyeru kita untuk beribadat. ibadat bukan setakat solat, puasa tetapi lebih kepada sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. niatkan setiap langkah/perlakuan kerana Allah.

Surah Al -Baqarah
[21] Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

[22] Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

rujuk lagi tafsir...

2: 2-5 ciri orang bertaqwa

Al-Quran adalah sebaik-baik petunjuk bagi orang yang ingin bertaqwa. Kalau dapat dilihat daripada ayat ini, ada beberapa ciri orang yang bertaqwa:
  1. orang yang beriman kepada perkara ghaib (syurga, neraka, malaikat dll)
  2. mendirikan solat 
  3. membelanjakan sebahagian daripada rezeki (duit/tenaga) kepada orang lain
  4. beriman kepada ayat-ayat Al-Quran dan kitab terdahulu.
  5. yakin ada hari kiamat
Surah Al-Baqarah
[2] Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; 

[3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. 

[4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). 

[5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.